Saturday, March 7, 2015

Langkah Kedua ke Alam Dasar Laut

Setelah anda berjaya melakukan aktiviti di langkah pertama, anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya. Pada peringkat ini, anda mampu melakukan aktiviti snorkelling. Aktiviti ini hanya memerlukan peralatan asas menyelam seperti goggle, snorkel, fin dan buoyancy jacket (jaket apungan). Jika anda mampu berenang, anda tidak memerlukan jaket tersebut kerana ia menghalang anda jika ingin membuat selaman ke dasar lebih dalam. Kita akan teruskan ke pada langkah selanjutnya.


Pemilihan Tempat Latihan Selaman

1. Buat kajian tentang tempat yang menawarkan latihan menyelam. Sesetengah tempat tidak mempunyai kemudahan asas seperti kolam renang bagi aktiviti ini. Bagi memudahkan anda untuk memilih tempat latihan yang baik, saya berikan sedikit cadangan disini. Jika pusat selaman itu mempunyai kolam, pastikan ia mempunyai dua tahap kedalaman yang berbeza iaitu kedalaman yang kurang dari 2 meter dan kedalaman yang lebih 2 meter. Tujuan utama bagi kolam yang cetek adalah untuk anda belajar perkara asas menyelam serta meningkatkan tahap keyakinan dalam air bersama peralatan menyelam.

 
Saya akan memberi contoh kolam yang pernah saya kunjungi. Antara tempat yang pernah saya lawati adalah di Pusat Akuatik Shah Alam. Terdapat kolam latihan bagi dasar yang cetek namun anda akan berkongsi dengan orang ramai yang menjalankan aktiviti berenang. Bagi kolam yang dalam pula ianya lebih terasing dari orang ramai, ini dapat memberi kelebihan kerana ia menawarkan dasar melebihi 18 kaki atau 6 meter dalam.
 
Bagi kolam di Pusat Sukan Panasonic, terdapat satu kolam yang mempunyai 2 dasar kedalaman yang berbeza. Namun masih baik untuk melakukan latihan asas.
 
Terdapat juga kolam di Petaling Jaya yang ada pusat selaman iaitu di PJ Palm Club, Damansara Utama di dalam komplek One Utama.
 
2. Cuba bandingkan harga pakej-pakej latihan yang ditawarkan sebelum anda membuat keputusan. Bandingkan juga item-item yang ditawarkan. Pakej-pakej ini boleh di dapati bukan sahaja dari pusat-pusat selaman namun anda boleh mendapatnya dari jurulatih-jurulatih yang bergerak sendirian dalam industri ini. Anda boleh membuat carian di media social atau enjin pencarian.
 
Perkara yang perlu diambil perhatian adalah:
a) jenis tahap latihan
b) tempat latihan
c) kemudahan penginapan
d) makanan
e) pengangkutan
f) bahan bacaan\latihan
g) peralatan-peralatan selaman
h) jumlah selaman yang akan dibuat.
 
3. Teman latihan ada satu pekara penting. Dalam membuat selaman, sistem teman atau dipanggil "buddy system" adalah amat penting kerana ia berkait rapat dengan keselamatan didalam dasar laut. Selain itu teman juga tempat untuk berkongsi pengalaman serta minat yang sama. Anda boleh membuat latihan selaman ini bersendirian namun ianya tidak degalakkan. Jika  bersama rakan, ia akan membantu anda lebih mudah mempelajarinya dan menghilang rasa gemuruh ketika melakukan aktiviti ini.
 
 



No comments:

Post a Comment