Saturday, March 7, 2015

Langkah Kedua ke Alam Dasar Laut

Setelah anda berjaya melakukan aktiviti di langkah pertama, anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya. Pada peringkat ini, anda mampu melakukan aktiviti snorkelling. Aktiviti ini hanya memerlukan peralatan asas menyelam seperti goggle, snorkel, fin dan buoyancy jacket (jaket apungan). Jika anda mampu berenang, anda tidak memerlukan jaket tersebut kerana ia menghalang anda jika ingin membuat selaman ke dasar lebih dalam. Kita akan teruskan ke pada langkah selanjutnya.


Pemilihan Tempat Latihan Selaman

1. Buat kajian tentang tempat yang menawarkan latihan menyelam. Sesetengah tempat tidak mempunyai kemudahan asas seperti kolam renang bagi aktiviti ini. Bagi memudahkan anda untuk memilih tempat latihan yang baik, saya berikan sedikit cadangan disini. Jika pusat selaman itu mempunyai kolam, pastikan ia mempunyai dua tahap kedalaman yang berbeza iaitu kedalaman yang kurang dari 2 meter dan kedalaman yang lebih 2 meter. Tujuan utama bagi kolam yang cetek adalah untuk anda belajar perkara asas menyelam serta meningkatkan tahap keyakinan dalam air bersama peralatan menyelam.

 
Saya akan memberi contoh kolam yang pernah saya kunjungi. Antara tempat yang pernah saya lawati adalah di Pusat Akuatik Shah Alam. Terdapat kolam latihan bagi dasar yang cetek namun anda akan berkongsi dengan orang ramai yang menjalankan aktiviti berenang. Bagi kolam yang dalam pula ianya lebih terasing dari orang ramai, ini dapat memberi kelebihan kerana ia menawarkan dasar melebihi 18 kaki atau 6 meter dalam.
 
Bagi kolam di Pusat Sukan Panasonic, terdapat satu kolam yang mempunyai 2 dasar kedalaman yang berbeza. Namun masih baik untuk melakukan latihan asas.
 
Terdapat juga kolam di Petaling Jaya yang ada pusat selaman iaitu di PJ Palm Club, Damansara Utama di dalam komplek One Utama.
 
2. Cuba bandingkan harga pakej-pakej latihan yang ditawarkan sebelum anda membuat keputusan. Bandingkan juga item-item yang ditawarkan. Pakej-pakej ini boleh di dapati bukan sahaja dari pusat-pusat selaman namun anda boleh mendapatnya dari jurulatih-jurulatih yang bergerak sendirian dalam industri ini. Anda boleh membuat carian di media social atau enjin pencarian.
 
Perkara yang perlu diambil perhatian adalah:
a) jenis tahap latihan
b) tempat latihan
c) kemudahan penginapan
d) makanan
e) pengangkutan
f) bahan bacaan\latihan
g) peralatan-peralatan selaman
h) jumlah selaman yang akan dibuat.
 
3. Teman latihan ada satu pekara penting. Dalam membuat selaman, sistem teman atau dipanggil "buddy system" adalah amat penting kerana ia berkait rapat dengan keselamatan didalam dasar laut. Selain itu teman juga tempat untuk berkongsi pengalaman serta minat yang sama. Anda boleh membuat latihan selaman ini bersendirian namun ianya tidak degalakkan. Jika  bersama rakan, ia akan membantu anda lebih mudah mempelajarinya dan menghilang rasa gemuruh ketika melakukan aktiviti ini.
 
 



Langkah Pertama ke Alam Dasar Laut

Menyelam ke dasar laut adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk kita menghayati kekuasaanNya. Sebelum kita mampu merungkai keindahan dasar laut yang berbagai-bagai bentuk muka bumi serta kehidupannya, kita perlukan sedikit persediaan.

Kemahiran Asas

1. Menghadapi Phobia berada dalam air. Ketakutan ini adalah normal dan bagi mengatasi ketakutan ini, kadangkala ia mengambil masa yang agak lama. Namun ia bukan lah mustahil untuk menghilangkan rasa takut ini. Dengan azam dan latihan berterusan, kita mampu menghadapinya.

Cara terbaik untuk menghadapi phobia ini adalah dengan memdapatkan khidmat jurulatih dan memberanikan diri untuk masuk ke dalam air. Cuba rendamkan diri anda dalam air kolam yang cetak. Pastikan ada orang yang anda yakin untuk menolong anda disisi. Cuba seberapa banyak kali sehingga anda rasa yakin anda mampu melakukannya sendirian. Kemahiran berenang adalah minimal untuk aktiviti ini. Anda mungkin boleh belajar berenang dengan baik selepas aktiviti ini.








 

Jika anda mampu melakukan seperti gambar di atas, anda memang sudah bersedia.

2. Kemahiran berenang juga perlu bagi aktiviti menyelam namum sekadar kemahiran asas iaitu mampu mengapungkan diri dan berenang gaya bebas sejauh 200 meter. Tidak perlu risau jika anda tidak mampu berenang sejauh itu kerana selalunya aktiviti ini tidak memerlukan anda berenang cuma sekadar kayuhan ke tempat keluar dari kawasan menyelam contohnya naik ke atas bot. Tapi dalam keadaan sulit, berenang amat diperlukan untuk mengelakkan bahaya atau dalam acara menyelamat.

Jika anda sudah ada 2 perkara asas ini, anda sebenarnya sudah bersedia untuk membuat aktiviti menyelam. Saya akan menceritakan lebih lanjut disegmen yang lain. Sekian terima kasih.

Monday, April 14, 2014

Permulaan ke Alam Dasar Laut................

Keinginan dan perasaan ingin tahu tentang kecantikkan alam dasar laut menjadi faktor utama, kenapa aku melibatkan diri ke dunia penyelaman. Sebelum itu aku telah lama bergiat dalam sukan air sejak zaman persekolahan iaitu perlumbaan kayak serta minat dalam sukan renang. Jadi segala kebolehan, keinginan serta tarikan menarik alam dasar laut membuatkan aku berminat untuk menyelam. Kebetulan minat aku ini sama dengan sahabat karib yang turut membantu menguatkan lagi semangat untuk menyelam. Minat dan kebolehan yang sama membuatkan kami memulakan angan-angan untuk mengambil lesen menyelam tanpa berfikir panjang.